Selasa, 10 November 2015

KAYU TEMBESU









Pokok Tembesu warisan keluarga RB Trading.

Antara pokok yang sudah wujud ketika Almarhum moyang2 masih kecil.Pokok tembesu ini sudah melalui beberapa generasi warisan keluarga.

Atas faktor keselamatan,sepakat kaum kerabat keluarga berkeputusan untuk menebang 3 pokok tembesu berkenaan.Hal ini kerana persekitaran pokok berkenaan dikelilingi  kediaman warga komuniti.Dibimbangi berlaku angin kencang/ribut yang boleh menyebabkan pokok tumbang menimpa kediaman.

Sebagai kenangan dan warisan keluarga,tembesu berkenaan akan dibelah,dipotong dan akan dijadikan set kerusi & meja untuk diwakafkan kepada masjid dan surau.

Semoga jariah ini menjadi penyambung pahala kepada Almarhum/Almarhumah para moyang,para kerabat keluarga yag telah kembali ke Rahmatullah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِ

ذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan